Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat dimana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid.

1.Konsep pengurusan bilik darjah

Selain mengajar,guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah.Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk P&P yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

Lemlech (1979) mendifinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.

Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan   strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah,mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

[pic]

2.Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah berkesan

Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang di jalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi sosial dan aktiviti antara guru dan murid-muridnya.Interaksi sosial ini bergantung kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang bergantung kepada 3 perkara berikut:

i)Interaksi guru dengan murid
ii)Interaksi murid dengan murid
iii)Interaksi murid dengan bahan pembelajaran

Terdapat tiga...