Meaning, Causes and Consequences of Racist Communication in Malaysia; How Not to Be Racist in Intercultural Communication in Malaysia.

1.1 Pengenalan

Teori Pemerolehan Bahasa Terkini
Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dikurniakan bersama-samanya beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Semua insan di dunia ini mempunyai alat fizikal yang sama untuk melakukan setiap perkara dan mengikut kepada teori biologis, sejak lahirnya sesorang anak itu, sesungguhnya telah dikurniakan satu kebolehan iaitu kebolehan berbahasa. Setiap kanakÔÇôkanak memperoleh bahasa pertama bukan melalui proses pembelajaran tetapi proses ini berlaku dengan tidak formal.
Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan apabila mereka didedahkan dengan pengalaman yang banyak sekaligus dapat meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Terdapat beberapa teori pemerolehan bahasa yang telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh aliran ini iaitu teori behaviorisme, teori mentalis, teori interaksionalis dan kognitif. Semua aliran ini mempunyai pelbagai pendapat dan cara tersendiri untuk menerangkan bagaimana seseorang individu yang bergelar manusia dapat mempelajari sesuatu bahasa sejak mereka kecil lagi. Saya sebagai seorang guru telah memilih situasi pengajaran dimana menilai tahap pemerolehan bahasa terkini oleh seseorang pelajar.
2.1
Teori Behaviorisme
Menurut Mangantar Simanjuntak (1987:66) Teori behaviorisme pada asalnya adalah lanjutan daripada teori pelaziman klasik Pavlov. Oleh kerana Watson (1930) telah berjaya memperkenal satu prinsip pembelajaran yang baru maka beliau telah digelar bapa behaviorisme terutama di Amerika Syarikat. Aliran behaviorisme yang telah dianut oleh Watson mempunyai tujuannya yang tertentu. Psikologi memainkan peranan yang penting, hal ini kerana peramalan dan pengawalan atau pengawasan perilaku tidak mempunyai kaitan dengan kesedaran. Setiap apa yang dikaji oleh psikologi menurut behaviorisme ialah setiap perkara yang diamati secara langsung iaitu gerak balas sedangkan setiap yang berlaku tidak berkaitan untuk dikaji.
Bagi Mangantar Simanjuntak (ibid:67), Watson dalam...