Faktor Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah Berkesan

Faktor yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah yang Berkesan:
a) Faktor Fizikal:
Pengaliran udara dan cahaya yang cukup merupakan bilik darjah yang sesuai untuk murid-murid. Pengaliran udara dipengaruhi oleh keluasan bilik darjah, bilangan tingkap dan kipas yang dipasang. Cahaya yang cukup terang juga dipengaruhi oleh bilangan tingkap yang dipasang dan bilangan lampu yang dipasang. Kemudahan seperti kipas dan lampu yang mencukupi dapat meningkatkan semangat semangat belajar dan membawa keselesaan kepada murid-murid. Pemasangan penyaman udara sejuk akan membawa keselasaan yang berlebih ganda kepada murid-murid. Menurut kajian, manusia dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada suhu 25°C.
Saiz bilik darjah yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pergerakan murid-murid semasa menjalankan aktiviti kumpulan serta aktiviti permainan. Ruang yang mencukupi sangat sesuai untuk guru menjalankan aktiviti kumpulan dan aktiviti permainan yang dapat meningkatkan penglibatan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyusunan kerusi dan meja murid-murid mengikut kumpulan seperti kelas bilik darjah akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid serta guru dengan murid.   Aktiviti dalam kumpulan akan meningkatkan minat belajar di kalangan murid-murid.
Keadaan kelas yang bersih dan kemas dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kelas yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai poster, carta, gambar dan ABM secara langsung dapat menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan gambar atau imej dapat meningkatkan daya ingat murid-murid terutamanya murid-murid dari tahun rendah.
Menurut Rahman & Shahrir, (2005) Bilik darjah yang efektif, yang boleh dihasilkan dengan memberi penekanan kepada pengajaran asas seperti membaca, mengira dan menulis, hams menjadi nadi sesebuahsekolah. Penggunaan teknologi pengajaran di sekolah (kurikulum dan kaedah pengajaran)telah dikenal pasti dan telah...