Fuel Market

TUGASAN BBMP 1103 JAN 2011
TUJUAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk membina kebolehan pelajar untuk menggunakan/mengaplikasikan matematik dalam pengurusan.
KEPERLUAN
Kumpulkan dan analisa data jualan bagi tahun 2005 ke 2009 bagi sebuah syarikat

ISIKANDUNGAN TUGASAN
  1. Pengenalan

Penerangan terperinci mengenai latarbelakang syarikat, jenis perniagaan dan prestasi kewangannya.   Maklumat ini boleh diperolehi melalui website syarikat (jika ada) dan juga laporan tahunan syarikat. Kebiasaannya ada ulasan mengenai prestasi kewangan dalam Laporan Tahunan Syarikat. Jika perlu, saudara/I boleh dapatkan maklumat syarikat yang tersenarai dalam BSKL di alamat di bawah: http://www.bursamalaysia.com/website/bm/listed_companies/company_announcements/annual_reports/index.jsp

  2. Analisa mengenai kadar pertumbuhan jualan

Data mengenai jualan perlu dianalisa iaitu kadar pertumbuhan bagi setiap tahun ke tahun. Biasanya dalam laporan tahunan, hanya jumlah jualan dinyatakan dalam Penyata Kewangan (Income Statement) sama ada Jualan (Sales) @ Pendapatan (Revenue). Cuba rujuk pada Notes to the statement yang biasanya ditulis nombor untuk rujukan di sebelah revenue. Rujuk mukasurat berkenaan berdasarkan nombor rujukan.

Biasanya setiap laporan mengandungi data bagi 2 tahun, iaitu tahun tersebut dan sebelumnya. Jadi, saudara/I hanya perlu laporan tahunan bagi tahun 2006, 2007, 2008, 2009 sahaja.   Berdasarkan kadar pertumbuhan jualan, bentukkan fungsi eksponen dan lakarkan graf bagi jualan dengan menjadikan:
Paksi-x sebagai tahun 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009
Paksi-Y sebagai jumlah jualan

Rujuk modul Topik 4

  3. Deskripsi/Penerangan mengenai corak/pertumbuhan jualan

Ulasan terperinci mengenai corak pertumbuhan jualan melalui graf yang dibentuk di atas. Corak ini akan dapat dilihat dengan baik dan sebab-sebabnya dapat dapat diringkaskan berdasarkan maklumat dalam perkara 2 di atas.

  4. Kesimpulan

Kesimpulan   yang baik dan jelas mengenai...